4 Idea kumpul Deposit Pembelian Rumah

Tak sempat kumpul deposit, harga rumah naik lagi… Ada cara yang akak gunakan untuk kumpul deposit rumah…

Kita menyesal tak menyimpan sejak 5 tahun lepas kan, so mulalah menyimpan sekarang supaya kita tidak menyesal 5 tahun akan datang…

Iya harga rumah memang sentiasa akan naik. Naiknya mungkin lebih laju daripada kenaikan gaji tahunan kita. Macam mana kita nak buat? Jadi kita kena kejarah harga rumah itu…

Semasa akak bawak orang tinjau rumah untuk tujuan pembelian, selalu akak dengar pembeli akan mengeluh harga dulu tuan rumah beli rm100k jea kenapa sekarang dia nak jual rm500k. Untuk akak patahkan ayat buyer, akak akan tanya buyer ada ke tuan rumah nak rugi lagipon harga rumah memang akan naik every year… Kalo tuan adalah tuan rumah tuan nak jual ke harga rm100k yang tuan beli 10tahun lepas. Pembeli pon akan menggelengkan kepala.
Sebab tu akak kata rumah itu aset untungnya berganda.

Jadi beli lah rumah. Syarikat besar yang gah dan stabil akan beli hartanah sebagai aset dierorg. So apa- apa jadi mereka dah ada back up.

Secara asasnya pelbagai cara yang kita boleh buat untuk mengumpul deposit untuk pembelian rumah. Kita perlu mengumpul 15% deposit daripada harga rumah. Nanti ada yang tanya akak berapa harga rumah yang saya boleh beli. Boleh check kelayakan loan dahulu dengan banker atau ejen hartanah.

10% deposit
5% yuran guaman, yuran pernilaian dan lain-lain

Sebenarnya nak menyediakan 15% itu bukan mudah. Betul kan? Sebab ramai lagi yang sangkut bab ini tak kiralah graduan baru mahupon orang yang sudah bekerja 10tahun sekalipon. Biasanya pengurusan kewangan ni memg hancur atau memang ada komitmen yang tinggi.

Kalo tiada niat atau matlamat yang jelas dan semangat yang jitu tabung kewangan pasti hancur setiap kali hujung tahun disebabkan penangan Yes (Year End Sale) atau sekarang shopping di hujung jari anda.

Jadi kat sini akak kongsikan 4 idea menyediakan deposit rumah untuk anda yang ada matlamat yang jelas tapi kita juga kena bekorban untuk buat simpanan sebanyak mungkin, kurangkan komitmen yang sedia sedikit demi sedikit.

Harga rumah nak beli : Rm150,000
Jadi deposit kena sediakan 15%×rm150k
Rm22500

1) Buat tabung khas
Katakan sebulan boleh menyimpan rm1000 sahaja. Jadi kita perlukan 23 bulan utk cukupkan modal. Sanggup ke? Mesti kena sanggup. Kalo tak sanggup tak dapatlah beli rumah. Boleh lagi gunakan apa – apa medium yang sesuai untuk memaksimumkan simpanan contohnya asb financing-i, tabung haji dan lain-lain lagi.

2) Pinjam ahli Keluarga
Kalo dah dapat rumah yang nak dibeli tapi deposit tak cukup lagi boleh lah pinjam dengan ahli keluarga dahulu jika deposit yang dikumpul tak mencukupi lagi. Jika dapat deposit loan dah lulus dan dapat pinjaman melebihi jumlah beli boleh la pulangkan balik duit deposit yang dipinjam dari ahli keluarga tadi. Jangan pula buat -buat lupa. Kita perlukan keberkatan sebab itu pentingnya amanah.

3) Kwsp akaun 2
Tahukah anda, anda boleh mengeluarkan simpanan akaun 2 untuk dijadikan deposit rumah anda? Sila rujuk laman web Kwsp utk keterangan lanjut. Ingat , akaun 2 sahaja. Dan sebenarnya bukan setakat untuk deposit rumah, bayar ansuran bulanan pun boleh tau.

4) Buat pembiayaan peribadi
Ini adalah cara yang paling ekstrim. Tetapi cara ini memang tak bagus. Cuba elakkan buat hutang atas hutang yang lain. Tak pun, pembiayaan peribadi lepas, tetapi pembiayaan rumah pula sangkut. Buatlah kira-kira anda sendiri ya. Ini hanya pendapat peribadi akak sahaja. Mungkin betul atau mungkin salah

Nak beli atau jual rumah boleh contact akak

Emma Tasiah 010-8976578
https:// wa.me/60108976578
Ren no 20687
Alam harta Realty

https://emmaharta.com
https://www.facebook.com/hartanahmilikanda

Print