JENIS HAK MILIK TANAH

4 jenis hakmilik tanah utama adalah

1) Lot Bumiputera,
2)Tanah Rizab Melayu,
3)Tanah Pegangan Bebas (Freehold),
4)Tanah Pegangan Pajakan (Leasehold)

1) Lot Bumiputera
Lot Bumiputera juga dikenali dengan nama Bumi Lot. Jualan dan pajakan jenis hartanah ini hanya terbuka kepada kaum Bumiputera, sepertimana dirujuk dalam namanya.

Bumiputera termasuk orang Melayu, Sabah, Sarawak, serta warganegara Muslim bukan Melayu.

2) Tanah Rizab Melayu
Tanah Rizab Melayu adalah berbeza dari Lot Bumiputera. Di mana Lot Bumiputera dibuka untuk dijual kepada orang Melayu, orang asli Sabah, Sarawak, dan juga orang Islam bukan Melayu, Tanah Rizab Melayu hanya untuk orang Melayu Islam.

Orang asli dari Sabah dan Sarawak, dan juga orang Islam bukan Melayu tidak layak untuk membeli harta Tanah Rizab Melayu.

3) Freehold
Hartanah Freehold, atau pegangan bebas, merupakan jenis yang paling digemari dan biasanya menjadi pertimbangan utama semasa membeli hartanah.

Sebab utama hartanah Freehold menjadi pilihan ramai termasuk anggapan bahawa hakmilik ke atas hartanah tersebut adalah berkekalan selamanya

Walau bagaimanapun, tanggapan ini kurang tepat kerana pihak kerajaan masih berhak menuntut semula mana-mana tanah – sama ada ianya Freehold, Leasehold mahupun Lot Bumiputera.

4) Leasehold
Hartanah pegangan pajakan ataupun Leasehold merupakan jenis hakmilik tanah yang kurang mendapat sambutan di dalam pasaran.

Leasehold merujuk kepada hartanah yang ditempatkan di atas tanah pajakan – tanah yang dipajak; atau disewa; dari pihak kerajaan.

Lazimnya, jangka masa pajakan paling lama yang dibenarkan ialah untuk selama 99 tahun, tetapi sesetengah pembangunan baru di pasaran telah memperoleh tempoh melebihi 100 tahun.

Bagaimanapun, Sejumlah premium perlu dibayar bagi melanjutkan pajakan tersebut, di mana pemilik perlu memohon di Pejabat Tanah yang berkenaan.

https://emmaharta.com
https://www.facebook.com/hartanahmilikanda
https://www.facebook.com/normah.tasiah

#emmatasiah #emmaharta #propertyklselangor #empire778 #313Group

Print
Open chat
Assalamualaikum dan selamat sejahtera YBhg Dato'/Datin/Tuan/Puan
Terima kasih kerana menghubungi saya 😊😊😊😊

Saya Emma Tasiah Perunding Hartanah Berdaftar Dari Chester Properties Sdn Bhd (Bangi).

Untuk info lebih lanjut tentang hartanah boleh teruskan chat saya di whatsapp