Tetiba akak nak berceloteh macam mana nak memilih penyewa dari syurga. Sebab penyewa akak yang akak sendiri kategori kan dia ni dah nak pindah sebab nak duduk rumah sendiri alhamdulillah. Tapi akak yang sedihðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜.
Memilih penyewa dari syurga adalah impian setiap tuan rumah. Apakah kriteria penyewa dari syurga ni mesti anda tertanya-tanya:
Antaranya
1) Tidak sesekali culas membayar sewa rumah. Jika gaji pada 26-28 haribulan apa yang dibuat membayar sewa rumah dahulu. Dan tidak pernah lewat dari tarikh akhir bayaran sewa.
2) Menghormati tuan rumah. Ini turut menjadi kayu pengukur untuk penyewa dari syurga. Tidak pernah menyombong. Sopan santun ketika berbual dengan tuan rumah, dan sekaligus tuan rumah menyenangi apabila berbual dengan mereka. Tentu sahaja tuan rumah akan menyayangi mereka.
3) Menjaga peralatan dan kediaman dengan baik. Mereka menjaga seperti barang sendiri. Ini membuatkan tuan rumah mengimpikan mereka untuk menyewa untuk tempoh yang lama.
4) Rumah dalam keadaan bersih dan tidak berselerak walaupon ada anak kecil. Penyewa macam ni bagitahu nak betolkan apa- apa akak sanggup suruh kontraktor datang turun sebab selalu menyenangkan kerja akak. Dan sentiasa amanah.
5)Pulangkan rumah selepas menyewa dalam keadaan asal. Siap cuci rumah. Alhamdulillah
Macam mana nak cari penyewa macam ni? Kita kena tapis beberapa soalan sebelum kita bersetuju untuk memberi sewa. Akak pon pernah melalui beberapa fasa sebelum dapat penyewa dari syurga. Jadi sekarang kalo nak cari penyewa akak akan tanya kerja dan aktiviti keluarga penyewa bukan apa, kriteria yang akak tetapkan tinggi. Selalu penyewa yang tiada masalah bayaran ni akak ada la bagi gift sikit that why la penyewa lagi happy.
Cari kebaikan dan selalu puji itu adalah ubat untuk semua penyewa -penyewa akak…
Penyewa akak pon sekarang nak beli rumah cari akak jea. Dierorang suruh kira loan dan minta pendapat sekaligus akak uruskan lawyer dan banker. Katanya senang sebab akak dah tahu semua trntang dierorang
Akak pemudah cara dan ejen hartanah aktif
Emma Tasiah 010-8976578
https://wa.me/60108976578
https://emmaharta.com
https://www.facebook.com/hartanahmilikanda